Wednesday 10 April 2024

CARA MEMBUAT KEREPEK UBI KAYU

 
Kerepek ubi kayu ialah makanan ringan yang diperbuat daripada isi ubi kayu. Kerepek ubi kayu semakin terkenal sebagai produk daripada ubi kayu selain direbus, dijadikan putu halba, dibuat tapai, ketupat, tepung boko dan makanan lain. Dengan kata lain, ubi kayu boleh dijadikan macam-macam produk makanan yang berkhasiat.
 
Kerepak ubi kayu kini telah dikomersial seperti kerepak ubi kentang yang telah terkenal di seluruh dunia. Kini kerepak ubi kayu telah dihasilkan secara skala besar oleh pengusaha yang kemudiannya menjual atau memasarkan di pasar raya.
 
Jika dihasilkan secara besar-besaran dan dipasarkan secara sistematik, kerepek ubi kayu boleh menandingi kerepak ubi kentang. Pengusaha kerepek ubi kayu perlu berusaha ke arah itu.
 
Kerepek ubi kayu ada beberapa jenis. Pertamanya jenis asli yang hanya menggunakan ubi kayu asli dan digoreng tanpa ditambah bahan lain selain air garam.atau dicampurkan dengan sedikit garam. Manakala ada perisa pedas dan manis dibuat untuk pilihan peminatnya.  
 
Sebenarnya senang sehaja hendak menghasilkan kerepek ubi kayu. Bahan-bahan yang diperlukan ialah ubi kayu, sedikit garam dan minyak masak.
 
Cara membuat sendiri kerepek ubi kayu.
- Kopek kulit ubi kayu dan bersihkan.
- Sagat ubi nipis-nipis di dalam besen yang berisi air garam.
- Toskan ubi sekejap
- Boleh juga sagat ubi terus kedalam minyak yang panas dan ditabur sedikit garam
- Goreng ubi dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.
- Angkat dan toskan.
- Siap untuk dimakan.
- Simpan di dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.